Wednesday, February 17, 2010

Assalamualaikum…..

Alhamdulillah diberi sedikit ruang waktu untuk saya menulis pada entri kali ini…memandangkan sekarang say a masih lg dalam zon cuti tahun baru cina yang tamat pada hari ini..hehe..rasa tidak cukup cuti tp saya kena bersyukur dengan apa yang yg dapat..
Pada entri kali ini ingin saya paparkan tempat-tempat menarik yang telah saya kunjungi bersama-sama dengan sahabat merangkap housemate saya…(kami posting sama –sama oktber tahun lepas).Semporna menjadi pilihan kami..pada mulanya perancangan mau ke Pulau Mabul tapi berita kes penculikan di Pulau Sebangkat telah membantutkan hasrat kami untuk ke Pulau Mabul…tidak mahu menanggung risiko maka kami menukar plan untuk mengunjungi tempat- tempat menarik di Semporna sahaja tapi tidak ke pulau..mungkin Insya Allah ada rezeki lain kali kami akan ke sana…mungkin ada peluang untuk saya menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. sambil-sambil tu, dapat muhasabah diri bahawa saya hanya hamba yg lemah sedangkan Allah berkuasa terhadap segala-galanya..dek kerana itu…doa saya agar diri ini sentiasa ditetapkan ati di jalan yang lurus….dan sentiasa dirahmatiNya..

Sabtu 13 Feb

- Check in kat Dragon Inn
- Solat jamak taqdim qosar dan rehat
- Menjelajah Semporna untuk ke Kg Tampi-Tampi
- Seterusnya ke Pakalangan..sesat juga nak ke pakalangan tapi sampai kat Pengkalan
tentera (PASKAL)..huhu nasib baik ade orang kami tanyalah jalan untuk ke pakalangan…
- Menjelang malam kami ke Kg Tampi-Tampi lagi untuk dinner
- Usai makan kami pulang ke Dragon Inn : solat jamak taakhir dan qosar dan rehat

Ahad 14 Feb

- Sarapan
- Check Out
- ke Pekan Semporna….berbeza dengan Bandar Tawau..huhu percakapan mereka sukar untuk saya fahami…
- Membeli belah mutiara….
- Lunch di restoran Family :masakan ala-ala semenanjung sesuai dengan tekak kami yang sememangnya rindukan masakan semenanjung..huhu..
- Meneruskan perjalanan ke Tawau..alhamdulillah selamat sampai..masing-masing keletihan…makan malam kami adalah PizzA Hut..sebabnya stok bahan mentah kat dapur dah habis…huhu


Sekian perjalanan kami..moga-moga percutian kami ini bukan percutian yang kosong namun percutian yang dapat meningkatkan lagi keutuhan cinta kami pada yang Maha Esa..Insya Allah.





Ikan yg di Awet besaR puNya..

DINNer kt Kg Tampi-tampi



Jauh perjalanan luas pemandangan


Di Pakalangan







Dragon inn











Dragon Inn lg..