Friday, August 6, 2010
Kusut fikiranku..sesak dadaku..
Assalamualaikum........
Dalam bersemangat menghitung hari..kusut juga fikiran memikirkannya..serahkanlah pada yg berkuasa..serahkanlah padaNya...meniti hari-hari sebagai pendidik membuatkan diri ini kusut memikirkan pendekatan yg sepatutnya dilakukan supaya "kebebalan" pelajar-pelajar dapat dikurangkan....untuk menghapuskan terus mcm mustahil..
Apa perasaan anda apabila anda sebagai guru..anda di depan dan ada segelintir pelajar di belakang yang bermain2 membaling-baling kertas di antara satu sama lain, berbual2 sehingga suara cikgu sudah tenggelam dek kerana volume suara mereka lg tinggi drpd anda..bersedia untuk belajar tidak sama sekali..barula saya faham kenapa ms skolah dulu2 pernah cikgu yang masuk kelas tiba2 mengamuk..yang merajuk keluar kelas..beginilah agaknya kami dlu..ye seingt saya..kenakalan sy tidaklah sampai begitu...rs hormat dan takut pada cikgu tu masih menebal..berlainan dengan pelajar-pelajar sekarang yang sy sndri tidak pasti terlebih ajar ke, kurang diajar ke..yang pasti situasi sekarang sgt2 berbeza dengan yg dulu...
Kadang2 terpaksa juga saya bertentang mata dengan pelajar yang cuba menguji kesabaran saya sambil2 hati kecil beristifar mencoba menahan marah....Sudah tidak tau apa yg perlu dibuat...bila.. dicubit begitu jugala dia..suruh berdiri bising lg..di rotan begitu juga..jd apakah penyelesaiannya..terdetik juga dihati mau saja saya bg minum air solat hajat pd mereka2 yg sgt bebal nih...penat untuk marah dan sgt tidak suka marah2....Ya Allah kau buka kanlah hati mereka2 ini..moga mereka mendengar kata-kata ku..kuatkan aku Ya Allah...amin..
*tidak mampu menaip lg mengantuk sudah..esok perlu mengangkut pljr pbsm utk program jalan kaki dr smk merotai ke federal 40 km..mampukah mereka? wait n see...moga dipermudahkan urusan,,,dan selamat semuanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)