Friday, June 18, 2010

Doaku..


Assalamualaikum...

Esok Insya Allah saya akan terbang ke Kl dan seterusnya ke Tawau, Sabah..tipulah sekiranya saya mengatakan saya tidak sedih..namun jauh di sudut hatiku meronta-ronta tidak mahu tapi atas dasar tanggungjawab dan kewajipan aku harus pergi jua..perasaan tidak enak berbaur rasa kekecewaan menyelinap di ruang hatiku menambahkan rasa kurang bersemangat mau terbang jauh merentas Laut China Selatan...Ya Allah kuatkan aku..lemah rasanya menghadapi ujian sebegini...lupakan aku padanya..tawarkan hatiku padanya...hilangkan dia dari ingatanku..siapakah dia?dia adalah kawanku yang tidak perlu aku nyatakan di sini..siapa dia..di mana dia..itu tidak penting..apa yang penting..aku harus melupakannya..

Meninggalkan dan berjauhan dengan keluarga merupakan cabaran hebat buatku..segala-galanya harus difikir..berhadapan dengan pelajar yang tidak kurang nakalnya juga seringkali melemahkan semangatku..berhadapan dengan rakan-rakan sekerja yang pelbagai ragam kadangkala aku merasakan keseronokan bekerja kadangkala tidak berapa seronok..tapi aku tahu itu adalah asam garam kehidupan adakala manis adakala pahit...Ya Allah kuatkan aku menghadapi hari-hari mendatang..jangan biarkan aku lemah longlai kerana masih ramai lagi yang menyayangiku dan kau gantikan yang hilang kepada yang lebih baik...sabarkanlah hatiku menghadapi perpisahan dengan keluarga ini dan dalam menanti sesuatu yang pasti..ampunilah aku di atas setiap kelalaian aku dari mengingatimu Ya Allah...

Aiman-Cinta Terakhir